Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi
lelaki itu adalah
SEGALANYA DIHATINYA
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
TERUS TABAH MENYINTAI LELAKI ITU
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah
itulah maknanya dia
sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu
lelaki mengenalinya dengan lebih dekat
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia
terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu
dia benar-benar maksudkannya
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi
dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.